5 FAKTA MENGENAI RAMBUT BERUBAN

Tuesday 11 December 2012

Sebut sahaja rambut beruban, pelbagai fakta yang dipersoalkan dikalangan masyarakat. Ada yang mengatakan rambut yang cepat beruban adalah disebabkan penuaan malah ada juga mengatakan disebabkan faktor keturunan.

Rambut akan menjadi beruban setelah sel-sel melanosit di folikel rambut berhenti menghasilkan pigmen warna. Melanin rambut terdiri dari dua jenis iaitu eumelanin yang berwarna coklat tua atau hitam dan pheomelanin yang berwarna kuning atau merah. Konsentrasi dan kombinasi keduanya dalam berbeza menciptakan spektrum yang luas dari warna rambut manusia, dari hitam pekat sampai berwarna perang terang. Rambut yang telah kehilangan sebahagian besar melanin akan berwarna seperti abu-abu, rambut yang telah kehilangan semua pigmen itu akan berwarna putih. Proses kehilangan melanin ini biasanya berperingkat.

1) Rambut Beruban disebabkan oleh faktor penuaan Sel-sel kulit akan menghasilkan sejumlah kecil hydrogen peroksida dari siklus oksigen di tubuh. Penuaan menyebabkan produksi enzim katalase berkurangan dan mengganggu produksi melanin. Namun demikian, lebih cepat memiliki rambut beruban tidak bermaksud lebih cepat tua. Sebuah penelitian pada sekitar 1,200 orang di Rancho Bernardo, California, misalnya, menunjukkan bahawa pertumbuhan uban tidak berkaitan dengan tingkat kepadatan tulang di usia lanjut.

2)Faktor keturunan Keturunan juga dijadikan antara faktor rambut beruban.Kadangkala pertumbuhan uban lebih cepat dari orang yang berusia .

3)Stress boleh menyebabkan rambut beruban Ketidakseimbangan hormon atau stress juga dapat mempengaruhi gaya hidup dan boleh memiliki rambut beruban dengan cepat. 

4)Kekurangan nutrisi Kekurangan zat serta nutrisi dalam badan juga boleh mempengaruhi. Perubahan warna rambut kerana kekurangan nutrisi biasanya bersifat reversibel. Jika masalahnya diperbaiki, warna rambut akan kembali normal.

5)Mencabut rambut beruban tidak menyebabkan ianya menjadi banyak Berlawanan dengan kepercayaan umum, mencabut rambut beruban tidak akan membuat lebih banyak rambut beruban yang tumbuh menggantikannya. Yang biasanya terjadi adalah rambut anda sudah dalam proses beruban dan ada tunas-tunas baru di sebelah rambut yang dicabut. Setelah rambut beruban dicabut, mereka seperti tumbuh untuk menggantikannya dalam jumlah yang lebih banyak.




sumber : S.I.N.I

15 comments

  1. Tapi kalu lelaki rambut beruban pun ada yang encem, macam sultan Perak hehehehe

    ReplyDelete
  2. laki kalau beruban, steady lagi.. hehehe

    ReplyDelete
  3. adik dya form 2 uban dh byk..huhu

    ReplyDelete
  4. erm...akak ni kira dah tua la ye...aritu pasan ade uban sehelai..tapi tak wane putih..die cam merah pekat. aaaaaaaa dah tua dahhh *tension*

    ReplyDelete
  5. hmm...tapi ade jugak org yang mude ade uban kann??
    btw..nice sharing

    ReplyDelete
  6. hahaha..ingatkan dah tua jer rambut beruban rupanya banyak lagi faktor menyebabkan rambut cepat beruban...^^

    ReplyDelete
  7. 2-3 urat je baru naik uban...Tak banyak..Hehe

    ReplyDelete
  8. rmbut saya pon uban2 jugak..huuuee

    ReplyDelete
  9. #398#
    salam kenal.singgah sini :)
    nnti free singgah umah kite yea.


    wah. uban. nice sharing.warna ngan inai bley?hihihihiih

    ReplyDelete
  10. semua kerisauanan tntng uban ye.. hik3..

    pha :
    -lelaki klau beruban pun still bergaya lagi kan. hihihi

    dya bunga :
    -erm yang tu mungkin masalah lain kut.. :)

    asma azuani :
    -kak, kalau sehelai je orang kata kita bertuah..jgn cbut..hihihi

    puteri hanisah :
    -erm, tak semestinya dah tua baru beruban. ada juga orang kata suka minum air teh '0 boleh mendatangkan uban dgn cpat. pape pun kena kaji balik..hihi

    secret of us :
    -tak semestinya tua je..stress pun blh..so, hppy2 la selalu.. :p

    kelana cinta :
    -stress ke tu..hehehe

    cik zaniff :
    -waa..yeke..tp kita xpernah nmpk kt rmbut sndiri..hehe

    fandyz :
    -bukan tua je..bnyk fkir mslh ngra..hehe

    zoora qushairi :
    -hehe.. boleh je..yng pnting halal.. :)

    ReplyDelete
  11. ade hadis Nabi s.a.w kata, satu uban yang tumbuh kat rambut kt sebenarnya menaikkan satu darjat kita, so jgn cabut hehe :)

    ReplyDelete
  12. datang membaca n3 anda
    http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. my hubby sebelumkahwin pun dah beruban. faktorketurunan . sebab ayahnya pun beruban penuh kepala di usia 40 tahun.

    kalau anak anak ikut jejaknya.kena kawin awal la jawabnya

    ReplyDelete