Moist Yogurt Chocolate

Sunday 7 October 2012

assalamualaikum..

harini nak try buat cake chocolate moist yogurt.. alhamdulillah..menjadi juga walaupun x sehebat akak ni yang buat ..
minta izin ye kak, sy ambik resepi akak.. selalu sangat jenguk blog akak, sebab tu teringin nak makan cake sekarang ni..hehe  ;)


mak bukan kemain eksited nak rasa..alhamdulillah..mak kata sedap..kalau sejuk2 dari peti ais lagi sedap..

alhamdulillah..dapat jgk bagi jiran terdekat rasa.. lagipun kek ni besar kan.. apa salahnya kita bg rasa sama.. *kalau sedap sila order ye* hahaha

 untuk jiran..  =)

*gmbr kurang memuaskan sbb pkai cmre fon*

ok.. ni resepi nya  :-

Bahan-bahannya:
1 cawan serbuk koko.
1 cawan air mendidih.
1 cawan butter-suhu bilik.
4 biji telur.
2 1/2 cawan gula halus.
2 tsp esen vanilla.
3 cawan tepung kek*
2 tsp baking soda *
1 tsp baking powder *
1/2 tsp garam halus * (*ayak)
1 cawan fresh yogurt

Cara-caranya:
  • Bancuh serbuk koko dengan air mendidih hingga rata.
  • Pukul gula dan butter hingga kembang dan ringan.
  • Kemudian masukkan telur satu persatu,esen vanila,yogurt,tepung yang diayak bersama baking soda,baking powder dan garam tadi.Pukul hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan serbuk koko dan pukul lagi hingga rata dan sebati.
  • Bakar dengan menggunakan loyang bulat berukuran 9".Jangan lupa sapukan butter pada loyang dan alaskan dengan baking paper.
  • Bakar hingga masak.
  • Biarkan dalam loyang selama 10 minit baru keluarkan kek.Biarkan kek betul-betul sejuk baru di salut dengan coklat ganache.
Chocolate ganache

450 gm Coklat masakan-potong kecik.
300 gm cream(Cm guna whipping Cream)

  • Masukkan semuanya kedalam periuk yang sesuai.Masak dengan menggunakan api yang kecik sehingga coklat cair.kacau hingga sebati

actually, tuk coklat yang atas tu, sendirian bhd punya resepi aje..sebab ada bahan yang xde kat umah..jadi buat je la guna bahan yang ada.. ok..sekian shja resepi harini..hehe

Post a Comment