Showing posts with label Kisah seorang blogger. Show all posts
Showing posts with label Kisah seorang blogger. Show all posts
Assalamualaikum & selamat berpuasa kepada semua kenalan, semua readers disini..
Dah seminggu berpuasa, baru sempat menjengah blog. Asal buka, terbiar.. Tak sempat nak menaip. Si kecik hanaa safiyyah tu mula la nak mengacau sama..
Assalamualaikum, hai readers..
Pagi ni berkesempatan nak menaip. Hari hari sibuk kan. Nak menaip pun kena cari masa. Hari hari sibuk dengan hal rumahtangga. Gitu la kerjaya sebagai surirumah berjaya.. Ewaaaahhhh.. hahaha..
Assalamualaikum & morning everyone.
Alhamdulillah, pagi ni cikmimi sempat nak menekan keyboard. Hanaa masih tidur, kakak abang nya dah bersekolah.. Terasa rindu tau nak bersembang dekat blog macam zaman dahulu.
Banyak benda boleh dikongsikan.. Berkongsi banyak cerita. Tak kisah la cerita menarik ke tak menarik. Semuanya tercoret kat blog.
Assalamualaikum & Morning Everyone.
Cikmimi harap tahun 2023 ni bersemangat nak mengupdate blog balik. Orang kata housewife ni la banyak benda boleh share dengan kawan-kawan kan? Tapi cikmimi ni pulak jadi tak tahu nak kongsikan apa. Macam takde story best.
Hari-hari cikmimi macam biasa la dengan tugasan kat rumah yang sedia ada ni. Hantar ambik anak sekolah. Masak. Berniaga. Buat aiskrim. Haaaa, banyak kan.. bab masak tu sebenarnya banyak boleh dikongsi. Macam kongsi resepi ke.. Alaaa, resepi bodo-bodo pun jadi kan..
Assalamualaikum, Morning Everyone..
Awal pagi subuh cik mimi update harini ye..
Ni pun sambil menyusukan hanaa dapat la ke udara sekejap..
Assalamualaikum & selamat pagi everyone..
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ogos kan.. bermakna lagi 4bulan je kita akan teruskan kehidupan untuk tahun 2022. Selepas tu, bertukar la tahun.. Bertambah lagi usia muda kita semua..
Assalamualaikum.. Morning everyone..
Pejam celik pejam celik dah masuk hari jumaat.
Kalau duduk johor ni, hari Jumaat hari kelegaan sikit laa.. sebab budak budak tak sekolah. So dapat la bangun lewat. Tapi tak la lewat sampai tak bangun subuh ye. Atleast pukul 6pagi baru jaga. Kalau tak, tido tido ayam ler. Takut budak budak terlambat ke sekolah.
Assalamualaikum readers..
Bila tengok last entry terupdate kat blog ni 5mei2022. Lamanya tak update. Sebulan lebih..
Lengkap 2 Dos Vaksin.
Assalamualaikum & hi semua..
Macam dah lama sangat tak share cerita sendiri dekat sini kan..
Maklumlah dah Pkp gini. Apa yang nak diceritakan. 🤷
Assalamualaikum, salam 4 Ramadan..
Baru berkesempatan cik mimi nak update blog di bulan puasa ni.
Walaupun bulan puasa busy waktu petang, tetap tak sempat nak jengah blog. Mood pun kurang..
Alhamdulillah, harini 16 April 2021 genap usia cik mimi 33tahun.
Alhamdulillah, Allah beri nikmat hidup yang begitu indah walaupun ada liku liku nya..
Takde hadiah mahal yang cik mimi harapkan, moga Allah sentiasa kurniaan kesihatan yang baik buat mak dan abah. Lebih lebih lagi abah sekarang kurang sihat. 😔
Dalam dalam dugaan covid macam ni, kita semua tak boleh sesuka hati nak ke sana sini rentas negeri.
Doa dan harapan cik mimi, moga satu hari nanti kita semua dapat jalani kehidupan seperti sediakala.. Boleh balik kampung jumpa ahli keluarga.
In Shaa Allah..
Salam Ramadan | Assalamualaikum.. Salam subuh untuk semua.. Syukur Alhamdulillah Allah memberi peluang untuk bertemu di Ramadan untuk tahun 2018 ni.
Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Ada target ke kengkawan untuk ramadan kali ni?
Erm..
Target mama ZaraZhareef harapannya dapatlah berpuasa dengan baik dan sempurna untuk tahun ni. Dan berharap dapat membuat perkara yang baik dan lebih baik sentiasa.
In shaa Allah..
16.04.2018 Genap 30tahun | Assalamualaikum..
Selamat pagi.. Syukur Alhamdulillah, hari ni bertambah satu lagi usia buat mama ZaraZhareef. Tahun ni tahun pertama pegang angka 3series dah.
Alhamdulillah, bangun pagi ni takde terpikir apa. Cuma terpikir, harini besday ke-30 dah. Macam tak percaya. Makin berganjak usia.
Seperti biasa, ddy ZaraZhareef takde nak wish pape. Sebab selama kenal pun tak pernah sekali pun dia ucap. Masuk usia 30, kena matangkan diri. Seiring dengan usia. Tak perlu rasa tersentap.
Dan tahun ni juga berjaya paw ddy ZaraZhareef belanja renew lesen. Haha..
Okay, kira hadiah mahal juga tu kan?
Tanpa lesen, patah kaki nak drive sana sini. Kihkihkih
Dulu pernah ada satu impian.
Masuk usia 30 tahun, kalau boleh nak ada 2 orang anak. Alhamdulillah.. Allah makbulkan hasrat tu. Moga peningkatan usia ni, Allah berikan kesihatan yang baik. Sesungguhnya demi menjaga amanah amanah yang Allah kurniakan.
Next baby? In Shaa Allah. Plan tahun 2020 la kut ye. Hehehe
Dan masuk usia ni, harapannya makin cantik.berseri la hendaknya.. Ehhh boleh ke impian nak cantik?
Haha.. cantik itu subjektif. Tapi wajib untuk tatapan suami sendiri kan?
Semoga diperluaskan lagi pintu rezeki, semakin gigih mendapat tawaran kerja even hanya sebagai seorang Blogger! Kerana seorang Blogger juga merupakan seorang yang bekerjaya. Saya bahagia bergelar seorang blogger.
Dipermudahkan Allah untuk menjalani liku-liku kehidupan. Amen..
Moga Allah berikan yang baik baik, jauhkan dari perkara yang buruk buruk.
Kita hanya manusia biasa, tak tak terlepas dari segala pelbagai cabaran hidup.
Selamat pagi.. Syukur Alhamdulillah, hari ni bertambah satu lagi usia buat mama ZaraZhareef. Tahun ni tahun pertama pegang angka 3series dah.
Alhamdulillah, bangun pagi ni takde terpikir apa. Cuma terpikir, harini besday ke-30 dah. Macam tak percaya. Makin berganjak usia.
Seperti biasa, ddy ZaraZhareef takde nak wish pape. Sebab selama kenal pun tak pernah sekali pun dia ucap. Masuk usia 30, kena matangkan diri. Seiring dengan usia. Tak perlu rasa tersentap.
Dan tahun ni juga berjaya paw ddy ZaraZhareef belanja renew lesen. Haha..
Okay, kira hadiah mahal juga tu kan?
Tanpa lesen, patah kaki nak drive sana sini. Kihkihkih
Dulu pernah ada satu impian.
Masuk usia 30 tahun, kalau boleh nak ada 2 orang anak. Alhamdulillah.. Allah makbulkan hasrat tu. Moga peningkatan usia ni, Allah berikan kesihatan yang baik. Sesungguhnya demi menjaga amanah amanah yang Allah kurniakan.
Next baby? In Shaa Allah. Plan tahun 2020 la kut ye. Hehehe
Dan masuk usia ni, harapannya makin cantik.berseri la hendaknya.. Ehhh boleh ke impian nak cantik?
Haha.. cantik itu subjektif. Tapi wajib untuk tatapan suami sendiri kan?
Semoga diperluaskan lagi pintu rezeki, semakin gigih mendapat tawaran kerja even hanya sebagai seorang Blogger! Kerana seorang Blogger juga merupakan seorang yang bekerjaya. Saya bahagia bergelar seorang blogger.
Dipermudahkan Allah untuk menjalani liku-liku kehidupan. Amen..
Moga Allah berikan yang baik baik, jauhkan dari perkara yang buruk buruk.
Kita hanya manusia biasa, tak tak terlepas dari segala pelbagai cabaran hidup.
Assalamualaikum, Hi!
Selamat Tahun Baru 2018!
Berakhir sudah tahun 2017 kan. 365hari kita semua berjaya tempuh.
Bagaimana agaknya dengan tahun 2018 ni?
Harap-harap tahun 2018 ni banyak sinar baru untuk diri sendiri, keluarga juga kawan-kawan yang dikasihi.
Erm..
Apa plan-plan korang untuk tahun 2018 ni?
Yang bujang adakah bakal menamatkan zaman bujang?
Yang dah sah tu adakah bakal menambah cahaya mata? heheh
kalau tanya plan saya, tengah cuba kuatkan semangat untuk lebih majukan kehidupan.
Dengan harapan lainnya, berharap bisnes dapat berjalan dengan lancar.
Anak-anak akan diberikan kesihatan yang baik.
Keluarga sentiasa dilindungi Allah..
Dan berharap sangat dapat bagi lebih lagi komitmen untuk blog.
In Shaa Allah =)
Iklan sikit. Ada lagi tak yang berminat untuk dapatkan Muslim Planner ni? RM25 sahaja untuk 1 buku. Belum termasuk postage lagi. Yang berminat, boleh direct whatsApp saya ye.
www.wasap.my/601124181178
Nota hati : Moga Allah limpah ruahkan rezeki dari blog juga. Amen..
'Caras Mencaras'!
Assalamualaikum dan hai semua..
Harini rasa macam nak share je tentang 'caras'.. Lagi lagi kalau kita dah bergiat dalam bidang perniagaan ni.. Ewah.. macam besar sangat modal tu kan dok sebut bidang perniagaan. Hihihi..
Kita bisnes kicik kicik ja. Hehe
.
.
Selalu terpikir, kalau kita jual baju budak, (contoh pasal baju budak la sebab kita jual tu) pastu ada geng dalam group ke, sedara mara ke buat benda sama, jual apa yang kita jual, agak agak ada ke yang pikir kita ni 'caras mencaras' ye?
.
.
Serius, kalau kita la, kita takde niat nak buat macam tu. Niat kita, kita nak cari rezeki. Rezeki Allah SWT kan luas. Pastu mungkin tu jalan yang Allah bagi pada kita kan untuk bantu suami kan? Kalau kita pikir 'caras', kenapa kat luar sana banyak je kedai yang jual benda yang sama? Kalau kedai A buka kedai runcit. Kedai B pun kedai runcit, mungkin C pun kedai runcit, agak agak tu dikira 'mencaras' ke??
.
.
Tak kan kedai A,B atau C nak bertemu muka, pastu berbincang tanya siapa nak tukar bidang jualan. Betul tak? Tak kan A nak suruh B atau C tutup kedai. Jangan bukak kedai runcit, bukak la jualan lain, kan?
.
.
Berapa banyak juga mall yang ada dalam 1 kawasan? Persaingan memang ada. Tapi konsep 'caras mencaras' mungkin tak muncul. Janganlah kita rasa macam tu. Kita berjualan la sama sama. Mungkin customer taknak beli dengan awak, tapi nak beli dengan kita. Mungkin ada yang customer nak beli dengan kita, tapi tak nak beli dengan awak kan.
.
.
Konsep dia senang.
Customer ni kan bijak. Dia mesti la nak membeli, dia akan buat pilihan dahulu.
.
.
📌 Harga siapa murah sikit.
📌 Barang siapa lebih menarik.
📌 Seller tu jual barang apa. Sama kehendak dengan keinginan kita ke tak.
📌 Khidmat selepas jualan.
📌 Barang pickup sendiri atau hantar depan rumah.
📌 Readystok ke Pre Order
📌 Ada caj tambahan penghantaran atau tidak.
📌 Material jenis ok ke tidak.
.
.
Ni antara serba sedikit yang kita tahu la. So, kita tak perlu la risau. Rezeki dari Allah tak kan tersalah alamat. DIA akan gerakan hati 'bakal pembeli' untuk membeli dengan siapa. Tak perlu kita promote kencang, kalut macam kena kejar dek angin. Orang tu promote barang, terus la awak dah mengelabah! Cool beb.
Assalamualaikum.. Hai readers!..
Tengah buat apa tu.. Dok melayan jiwa dengan monday blues ke tu? Meh kita bebel sikit meh..
Dulu masa time kerja koperasi, hari isnin hari paling semangat tau. Tak tahu kenapa. Maybe sebab sabtu ahad dah cuti, mai hari isnin, berkobar kobar nak menghadap kerja yang menimbun. Tapi kalau bab kata ada audit nak datang, haaaii la malass.. Kaki nak melangkah pun lembik! haha..
Haaaa, harini kan kita menaip dengan penuh semangat tau!
Walaupun kerja hanya dari rumah, of course la semangat tu kena ada.
Semalam ddy zara ajak ke UO segamat. Dalam kepala ni dah sah-sah la dok ingat MR.DIY je tau.. Sebab kat situ macam-macam boleh dicari kan.
Plannya nak ubah suai meja kerja kita ni haaaaa..
Actually meja ni meja tv yang tersedia ada kat rumah kauters ni haaa..
Sebelum ni kalau la online, letak je la mana yang rasa selesa. Kat atas meja ke, atas lantai ke.. Atas narita nak tido ke..
Memang macam tak efisen langsung buat kerja camtu.
*Rupa asal meja tv tu*
Bulan lepas ada rezeki lebih. Rezeki dalam dunia blogging ni juga. Duit tu kita leburkan untuk dapatkan meja tv yang baru. Sebab meja tv yang ada ni tak sesuai laaaa..
Nak-nak kita ni ada baby yang tengah rancak dengan segala program dia.
So, plannya dah tukar meja tv, kita nak la meja tv ni dijadikan meja kerja kita. hihi
Sebab nakkan suasana kerja tu ada. Gituuuuu..
Tapi macam tak best je meja togel camtu. haha
So, kuarlah belanja sikit beli wallpaper, lekatkan kat meja ni haaa..
Pastu hias sikit dengan bunga tu haaa..
Ehhh, orang perempuan kan kalau dapat bunga happy kemain lagi kan?
So, kat meja kerja Wajib la letak sepasu bunga supaya nampak ceria..
Betul tak? Betul tak?
Now kita dah semangat nak menaip, nak membebel.. Haha..
Moga moga lepas ni job pun kencang la hendaknya kan. Amen!
Oktober muncul kembali. .
Assalamualaikum.. Hai readers..
Disaat yang lain sedang dibuai lena, saya mengambil kesempatan ni untuk menulis diblog..
Ehhh, kenapa skema sangat aihhh ayat.. haha..
Weekend!
Assalamualaikum.. Morning uolss..
Weekend macam ni apa aktiviti korang? Mesti best best kan.
Me??
Like this 👇
Official dot.com !
Assalamualaikum.. hai readers.. 😉😉 kita just nak share, 31 ogos lepas bukan setakat negara kita je sambut kemerdekaan tau. Tapi blog kita pun merdeka jugak!
PEREMPUAN KAN!
Assalamualaikum.. Morning semua..
Semangat betul pagiak ni nak meng-Update blog. Cuaca pun dingin je. Alaala di Cameron Highland gitu.. Ewahhh!.. haha
RAJIN-MALAS | MALAS-RAJIN
Assalamualaikum.. Selamat pagi. Selamat berhujung minggu. Blog dah beberapa hari senyap. Sebenarnya banyak je boleh ditulis. Tapi tu la.. Rajin-Malas. Malas-Rajin. Rajin ambik gambar. Tapi malas nak watermark. Malas nak menaip, tapi rajin nak berkongsi. Ehhh macam mana tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons