Throwback : Zara Bakal Jadi Kakak? Part 4

Friday 17 February 2017


Throwback : Zara Bakal Jadi Kakak? Part 4


Ya ampun.. lama betul throwback ni  nak habis. 😂😂 Bertabah je la eh.. masa mengandung kan takde mood nak bercerita. So bila bertemu di entri throwback ni, maka kena la cerite step by step kan? Tak kan nak cerita langkau-langkau. 


Nak tahu cerita part 1, 2 & 3? Terjah la link 'Pengalaman Mengandung Kedua ' ye. Hehee


Result MGTT


Orang kata, bila mengandung ni kan pengalaman berbeza-beza. Untuk mengandung kali ni kan, erm.. result minum air gula kali pertama ok tau. Kali kedua minum air gula tu pun ok. Kan saya buat awal sebelum balik ke ipoh. Sebulan selepas tu, saya balik gemas balik. Sebab ddy zara ada majlis pemakaian pangkat. So sambung la balik checkup kat HTD Gemas.



Ntah macam mana, protokol untuk bacaan air gula kat sini dah diturunkan. Sebelum ni, untuk result  air gula semasa puasa 5.6. Elok pula diturunkan jadi 5.1. Masa tu bacaan saya 5.4. So memang sangkutlah kalau diikutkan. Tapi, rasa macam ralat pun ada tau. Sebab undang-undang bacaan baru tu keluar selepas sebulan result saya tu. 

Kiranya anggaplah saya terlepas kan. Tak pasal-pasal la detect GDM on diet okeh!.. Masa zara pun sangkut masa minum air gula kedua. Kes nya kita ni stress, makan macam-macam. Terutama sekali coklat. Hehe.. 
Tapi kali kedua ni sangkut sebab nilai bacaan diturunkan. 😥😥😥

Stress tau tak pasal-pasal rekod mengandung kedua ni dah dicemari oleh GDM. Huhuhuk..
Sapa-sapa pun mesti tak suka kan dengan GDM ni. Seksa tau. Nurse yang handle kita ni pun cakap, tak sampai hati nak tulis rekod kita ni GDM on Diet. Sebabnya ikut rekod ok je. Dah la lagi sebulan nak deliver. Pening nurse. Nak tak nak kena juga la buka rekod GDM tu.

Saya paling malas sekali nak buat BSP la. Yela, 4x sehari kan. Letihnya sikit la tang nak turun naik umah tingkat 4 ni. Rekod bsp ok. Cuma ada sekali je terkantoi. Sebab semalamnya saya ada makan buah golden pear. Manis buah tu. Agaknya kurang minum air masak kut. Tak pepasal sangkut.😥😥😥

04.12.2016. Kena turun hospital segamat tuk jumpa pakar pemakanan. Kena dengar la ceramah sikit. Ehh, bukanlah ceramah apa pun. Sekadar nak bagitahu cara pemakanan yang betul je. Sokay, mujur ddy zara ok je nak ke sana. Balik dari tu belanja la ddy zara ngn zara big apple. I is ngidam-ngidam kan big apple tu. So apa lagi, pluang makan puas-puas. Hehe.. 

10.12.2016 dah gerak balik ipoh. So sambunglah checkup kat sana. Sampai ipoh, nurse pelik kata kita ni GDM on diet. Katanya ikut protokol kat ipoh, dorang tak tukar pun nilai bacaan minum air gula tu. Pening dorang handle kes saya ni. Hihihi..

Bsp ada sekali kena buat. Tapi waktu dorang berbeza sangat nak buat bsp tu. Stress betul. Tapi layankan jugak la..

21.12.2016 saya masih belum deliver lagi. Kalau ikutkan, dah kena serah diri sehari sebelum due tau. Tarikh tu saya pula ada checkup petang. Nak dijadikan cerita, nurse cakap tersilap bagi tarikh checkup. Patut last checkup mengandung di kkia 20.12.2016. 21hb serah diri. Dek kerana tersilap, 21hb tu petang lepas habis checkup, doc bagi surat suruh terus serah diri!!

Ye, serah diri. Rasa macam terkejut. Bukanlah tak ready. Tapi macam 1 paksaan. Rasa macam...erm....... 😔😔😔😔 Request kat doktor nak pergi pagi 22.12.2016. Tapi doktor tak berani. Katanya gdm kena bersalin juga pada tarikh due. 
Doc kkia suh pergi je hospital dulu. Kalau doc kat spital cakap boleh bagi tempoh seminggu lagi, so boleh la balik dulu. 

Sampai hospital dah kat pukul 5petang. Bahagian pendaftaran pun dah tutup. Kena pergi di bahagian kecemasan. Jalan kaki juga la ke sana. Lenguh jugak kaki. Jalan kaki kononnya sebab nak senang bersalin nanti. Hee. 

Lepas selesai dibahagian pendaftaran, terus masuk ward. Settlekan hal di ward. Kali kedua bersalin kena serah diri. Hehehe.. takpe, pengalaman dah ada. So dah paham dah macam mana. Yang kelakarnya kan.... Kita dapat katil dan bilik ward yang sama masa bersalinkan zahra dulu. Hee.. Allah.. rindu ngan katil & bilik tu. Tak sangka merasa duduk di katil, tempat yang sama masa bersalinkan zara. 

Mak ngan kawan cakap, macam dah cop je katil tu. Hahaha.. sebenarnya ada cakap kat mak, ntah-ntah kan dapat bilik ngan katil yang sama kot! Tengok-tengok betul. 😂😂 Tapi best juga dapat bilik tu. Sebab bilik tu bahagian depan. In case apa-apa, senang. 



Ok sambung balik. Lepas dah dapat katil, letak barang then tukar baju. Terus ke bilik tuk check perut. Buat CTG. Nurse yang jaga petang tu kebetulan baik-baik. Best je. Dorang ajak sembang. Ramai pulak nurse duk kat bilik ctg tu. Dalam 4-5orang juga la masa tu. Masa buat ctg tu, nurse cakap baby banyak tido. So graf tak berapa cantik. Elok graf dah cantik, tetiba kertas pulak habis. Adoiyai.. pastu dah ok, alat yang letak kat perut tu pula ter'lari' sikit. Dah tak detect balik. Ehh, macam macam juga la halnya time ctg tu. 

Settle di bilik CTG, kena balik bilik balik. Masa tu dah cuak pun ada. Dorang tak check bukaan ke. Ehh, orang lain takut kena check, kita rela pulak kan. Hehe. Bukan rela, tapi rela la kena check tu dari kena paksa diri merelakan jiwa raga kalau diri ni kena induce. Sebolehnya saya taknak di induce. Malam tu tak ingat dalam pukul berapa. 10lebih kut. Ada doc junior ni bawak naik ke tingkat atas. Kataya doc nak check perut. 

Lepas check perut, doc check bukaan sekali. Alhamdulillah.. doc check juga. Bukan apa, risau tak check bukaan karang nanti kena induce pula sebab jalan tak buka kan. Doc bagitahu dah 2cm bukaan masa tu. Dalam hati lega. Tapi perasaan takut tu still ada. Sebolehnya taknak diinduce. Doc cakap dia cuba tolong buka jalan sekali. Yang saya perasan, kalau dah check bukaan, in shaa allah akan cepat datang sakit tu. 

Malam tu minta ddy zara bawakan bekal minum makan sume. Sebab masa nak serah diri, tak sempat nak bawak apa-apa. Malam tu minum la air milo panas. Dengan harapan jalan akan buka cepat. Setengah jam lepas tu doc yang check bukaan datang ward nak jumpa. Siap tanya, "awk nak ke kena induce"? Supaya esok bersalin? Tapi induce ni ada risiko dia. If jalan tak buka.. awak paham kan nanti.. panjang lebar doc terangkan. Saya angguk je tanda paham. Tentunya juga saya paham. Sebab tu saya taknak induce. 😥😥

Saya rela serah diri. Dan saya tahu saya akan bersalin keesokan hari. Yang saya perasan, bila dah kena seluk, in shaa allah akan mudah nak bersalin. Mudah jalan buka. 

Ehhh.. panjang dah entri. Esok esok la sambung kita pengalaman bersalin eh.  😘

3 comments

  1. Bole pula dapat bilik sama.. Hehehe..

    ReplyDelete
  2. akak pun ada berapa minggu lg nak bersalin sis... skang dah 34 minggu... langsung tak prepare apa lg tuk bby ni... tak tahu la camana hopefully semua dipermudahkanNya.... selamat berpantang sis:)

    ReplyDelete