Kuih Keria si Kuih Viral

Sunday 26 February 2017

Kuih Keria si Kuih Viral


Assalamualaikum.. selamat pagi.. Sambil enjut anak, marilah membebel. Dapat jugak 1 entry baru kan. Hihihiks.. nak blogwalking belum sempat. Tengok siang nanti eh. Sekarang ni dok viral sangat kuih keria atau sesetengah orang panggil kuih gelang ni kan.



Dulu masa kerja koperasi kan, ada sorang 2 bos kita ni favourite dia kuih keria ni. Kalau kuih keria ni takde, mesti dia tanya, kuih gelang takde harini? 😅😅 Tapi kalau nampak je kuih tu, senyum melebar bos kita tu. ihiiikss.
Macam kuih wajib juga la kena ada kat koperasi tu time mesyuarat ALK. Kuih-kuih selalunya mak la yang buat. Kita tolong makan je. 

Tapi sejak kuih keria gula melaka hj.limbongan eh kalau tak silap tu pemes, terus jadi kuih viral kuih keria ni.. Untung laaaa sangatkan sebab boleh hot kebabom kuih ni kan. Agaknya kalau tak viral, mesti orang tak kenal rupa kuih keria ni kan. Hihihi..


Kita pun favourite juga dengan kuih ni. Haritu adik ipar dok tunjuk dia buat, elok jadi cantik je. Kita pun teringinlah nak buat. Zara pula dok sebut-sebut uih nonat uih nonat (kuih donat) so, layankan je la buat. 

Tapi tak menjadi pulak tang sira gula dia tu. Kita buat gula biasa je. Tak kisah pun guna gula apa. Janji matlamatnya nak makan kuih keria. 😂😂😂
Kuihnya elok gebu gebas lembut. Silap teknik pulak tang gula. Takpe-takpe, next time buat lagi kan. Puashati makan sendiri buat. 👍



4 comments

  1. dulu selalu keliru kuih keria dan donut sebab ingatkan benda sama. yg pastinya dua dua sedap. :D

    ReplyDelete
  2. haha sama dengan galaksi viral. Dulu confuse gak mana satu donat mana satu keria. sekarang dah boleh bezakan dah.

    ReplyDelete