Window Shopping Je..

Sunday 4 December 2016


Window Shopping Je..




Assalamualaikum..

Salam hujung minggu. Jap je masa kan. Esok dah nak hari isnin. Sapa yang cuti tu mesti rasa tak puas je kan. Harini korang pergi ke mana je?

Harini kita turun segamat. Ada hal sikit di sana. Dalam sejam jugak la perjalanan gemas nak ke segamat tu. Kalau bukan sebab 'hal penting' tu, rasanya duduk rehat golek-golek mendap aje la kat umah. 'Hal Penting' tu maybe one day i akan share yer kat blog ni nanti.

Pagi tadi gerak ke segamat dalam jam 7.45pagi. Mujur la mood zara ok. Kena kejut bangun mandi awal. Hihi.. sejuk gigil badan. Sampai sana dah pukul 8.45. Ok la time tu. Urusan tu pukul 9pagi. 

Dah settle tu, ddy zara tanya nak pergi mana. Mengenangkan OS (One Segamat) je yang nampak menarik, so terjahlah pergi sana. Takde nak membeli apa pun. Nak shopping-shopping baju, pulusnya tak berapa nak tebal. Haha.. Nak minta ddy zara, haritu dia dah belanja baju dah 2helai. Mujur mood shopping takde harini.

Tapi yang syoknya pergi mall orang baru nak start open kedai. Hehehe.. So seronok la nak berjalan kan. Takde la serabut tengok orang ramai sangat. Tapi sebelum balik, sempatlah beli big apple ni. Rasa macam lama sesangat tak membelinya. Tiba-tiba tekak teringin nak makan manis-manis. 



Layankan je la. Bukan selalu kan. Beli pun bila betul-betul teringin. Balik dari tu pulak, time tu dah kat pukul 12tengahari. So, perut pun dah berlagu minta diisi. Ddy zara teringin nak makan mee sup. Cari la kat nasi ayam gemas 2 cawangan di segamat, belum ada. Petang baru ada. So try la tanya di Nasi Ayam Gemas 2 di Gemas ni. Alhamdulillah ada. So, tengahari layan bihun sup. Nikmat. Gantung kuali sungguh harini. Hehe



Seronok juga dapat window shopping ni kan. Sebenarnya seronok kalau dapat tengok zara pun happy je bila keluar. Hihihi..



Psst : mama dia tengah mabuk nak shopping online sebenarnya. 😅😅😅😅

8 comments

  1. Comelnya Zara,.. meh nk cium sikit... hihi...

    ReplyDelete
  2. anak anak memang suka keluar berjalan....comelnya zara

    ReplyDelete
  3. tak dapat shopping dapat window shopping pun rahmat dah tu. biasa la orang perempuan hihihi

    ReplyDelete