#MyTravelokaEscapade : Pulau Langkawi Percutian Idaman Hati!

Thursday 8 December 2016

#MyTravelokaEscapade : Pulau Langkawi Percutian Idaman Hati!

Assalamualaikum...

Bercerita mengenai tempat percutian idaman hati ni, saya teringin sangat nak menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. Kenapa Pulau Langkawi? Kenapa tidak pulau lain? Kenapa tidak pulau-pulau yang mungkin berada di luar negara sana? Cukuplah sekadar di dalam Malaysia, Pulau Langkawi kan terkenal sebagai tempat bersejarah. Serta ramai yang mengatakan Pulau Langkawi ni salah satu tempat percutian yang sangat menarik. Terkenal dengan keindahannya serta pulaunya yang menarik. Kenapa mesti saya ke negara lainkan.

Sebenarnya dah lama sangat-sangat nak pergi ke Pulau Langkawi. Sampaikan bila dah kahwin, teringin sangat nak pergi ke Pulau Langkawi sebagai salah satu destinasi percutian untuk 'honeymoon'.. Mungkin hanya masuk dalam senarai percutian yang diingini, kini dah 3 tahun kahwin pun masih belum berkesempatan ke sana. Mungkin 1 hari nanti kan?
Mungkin tidak pergi berdua, tetapi dapat percutian ni bersama anak-anak sekali. Mana nak tahu kan?

Sehingga ke hari ini juga, saya masih meletakkan Pulau Langkawi sebagai salah satu destinasi percutian yang nak sangat dikunjungi. Mana tahu, mungkin bukan tahun 2016 ini, tetapi tahun 2017 ada harapan untuk saya ke sana? Tetapi macam mana??

Traveloka. Haaaa, kenapa tiba-tiba traveloka muncul ni? Ok, meh nak cerita sedikit. 
Dengan menerjah masuk website www.traveloka.com.my ni, atau menggunakan hashtag #MyTravelokaEscapade korang bukan sahaja dapat pergi bercuti dengan mudah. Bukan setakat dapat booking hotel yang korang ingini, tetapi, korang juga boleh booking sekali tiket penerbangan untuk ke sana hanya melalui website tersebut. Haaaa, agak-agak korang kan, senang tak urusan korang nak pergi bercuti tu? Mestilah mudahkan? Dapat buat semua kerja dalam 1 website tu sahaja.


Kalau saya la, dah tentu-tentu memilih website ini untuk urusan percutian saya. Tak perlu nak pening-pening kepala memikirkan bagaimana nak booking tiket penerbangan, mana nak booking hotel, rasa macam leceh pula nak buat banyak kerja kan. Klik sahaja www.traveloka.com.my ni korang pilih je penerbangan tu dari mana ke mana, bila tarikh korang nak pergi bercuti tu serta pakej untuk penumpang. Nak berada dalam class economy mahupun business. Senang kan?


Sebelum terlupa, korang wajib tahu, Traveloka ni selalu la buat promotion. So, jangan sampai terlepas pandang tau. Nanti merana pula bila terlepas promosi yang diadakan. Korang kena selalu la terjah Traveloka ni tau. Mana tahu kebetulan tarikh korang nak bercuti tu, kena pula ada promosi nya, so cepat-cepatlah booking.

Ehh, bercerita mengenai traveloka ni, terlupa pula nak cerita kenapa saya nak sangat ke sana. Dikatakan sebagai tempat bersejarah, saya memang suka la nak menerjah ke tempat tinggalan sejarah ni. Yela, kita kenalah tahu juga kisah-kisah sejarah yang dah berlaku pada zaman dahulu kala kan.

Tempat Bersejarah.



Makam Mahsuri. Pulau Langkawi terkenal dengan kisah mahsuri. Walaupun saya tidaklah pandai untuk bercerita mengenainya, tetapi teringin sangat nak tahu kisahnya dengan lebih mendalam lagi. Jadi kalau dapat la pergi ke Pulau Langkawi, saya tak kan lepaskan peluang untuk ke sana.

Pulau Yang Menarik



Dah nama pun pulau langkawi, rasanya tak lengkap la kan kalau tak terjah mana-mana pulau yang ada disana. Betul tak? Teringin sangat nak pergi pulau yang mana airnya jernih, dapat tengok ikan-ikan didasar lautan yang cetek, ehhh, bestnyaaaa, Terbayang-bayang menariknya pulau tu.


Tasik Dayang Bunting. Orang kata, kalau dah sampai ke Pulau Langkawi, wajib la terjah ke Tasik Dayang Bunting ni. Rugi kalau tak ke sana. Di katakan tasik ni merupakan tasik yang popular disana. Serta mempunyai kisahnya yang tersendiri.

Dataran Helang



Dah nama pun Pulau Langkawi, terkenal dengan helang yang besar ni, tentunya la juga kita ke sana, nak kena terjah ke Dataran Helang ni kan. Baru la betul-betul puas dapat jejakkan kaki ke Pulau Langkawi tu. Sebab burung helang yang besar ni kan simbol bagi Pulau Langkawi, tidak pada pulau yang lain. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk ke dataran tersebut. So, alang-alang dah sampai ke sana, wajiblah bergambar berlatarbelakangkan burung helang yang besar ni kan?

Kereta Kabel Langkawi


Kereta Kabel. Alang-alang dah sampai ke Pulau Langkawi, tentunya juga kita tak kan nak lepaskan peluang untuk menaiki kereta kabel ni kan? Terngidam-ngidam rasanya nak merasai naik kereta kabel ni bila dah sampai ke sana. Mungkin ada sesetengah orang berada gayat kerana ketinggiannya. Tapi tidak bagi saya. Jika diberi peluang memang saya tak kan lepaskan peluang ni.

Sky Bridge


Wow.. Menarik kan sky bridge ni. Kalau dah sampai ke sana, tentu la kita nak menerjah semua pelusuk tempat yang ada kan. So, dah tentu juga kita nak tengok sekitar pulau langkawi dari pemandangan atas kan? Rasanya rugi pula kalau dah sampai disana, kita tak ambil peluang ni kan.. Ni juga salah satu impian saya nak ke sana. Nak merasai berada di puncak atas sky bridge ni.

Tempat Shopping Bebas Cukai


Pulau Langkawi terkenal juga sebagai salah satu tempat shopping bebas cukai. Alang-alang dah ke sana, tentulah kita tak kan lepaskan peluang untuk bershopping sakan kan? kalau saya la, tentunya juga tak kan lepaskan peluang untuk shopping coklat yang banyak di sana. maklumlah, harga pun mampu milik kan. Dan sesetengah coklat yang dijual di sana kan kita tak kan jumpa di tempat lain. So, ni la peluang nya untuk membeli pelbagai jenis coklat di sana.

Haji Ismail Group. Dikatakan sebagai salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong yang bercuti ke sana. Pelbagai pilihan barangan boleh dibeli di sana. Dari coklat hingga la ke set pinggan mangkuk boleh dibeli. Menarik kan?

Kompleks Kraf Langkawi



Siapa sukakan hasil kraf seperti saya? Kalau saya la, semestinya tak kan lepaskan peluang untuk ke kompleks kraf. Menarik kan tempat pengumpulan kraf ni. Saya tentunya teruja kalau dapat jejakkan kaki ke sana. Mana tahu kan, untung-untung terpilih untuk bercuti ke sana nanti, tentunya saya akan tuju ke destinasi tersebut.

Bird Paradise



Wow.. Menarik!.. Tentunya saya tak kan lepaskan peluang untuk ke sana. Bestnya kalau dapat ke sana. Dapat melihat pelbagai jenis burung yang mungkin kita sendiri belum pernah lihat sebelum ni kan?

Kalau bercuti bawa anak-anak, pastinya juga mereka akan berasa teruja serta kita dapat mengajar mereka tentang kehidupan burung tersebut dan mengenali pelbagai jenis burung yang ada. Rasanya bukan anak-anak je yang akan berasa teruja. Ibu dan bapa pun sama kan?

3D Art Museum Langkawi


Sekarang ni sesiapa pun yang pergi bercuti, pasti tak kan lepaskan peluang untuk bergambar di 3D Art Museum kan? Saya teruja sangat bila tengok hasil lukisan 3D ni. Pastinya saya tak kan lepaskan peluang ni untuk bergambar disetiap pelusuk gambar 3D yang ada. Yang bestnya, sebab ianya nampak real. Dan seolah-olah gambar tersebut seperti 'hidup'..

Ok la, kalau nak bercerita panjang lebar kenapa nak sangat bercuti di Pulau Langkawi ni, memang banyak lagi tempat menarik yang perlu disenaraikan,kan.. Tapi cukuplah dulu untuk yang ni yang ada didalam senarai. 

Haaaa, sebenarnya kan ada benda menarik tau tentang traveloka ni tau.. Nak tahu apa dia? Meh kita nak share sikit. Korang pun berpeluang untuk memenangi percutian yang ditaja oleh traveloka ni.

Macam mana caranya?

Haaa, sila la terjah https://blog.traveloka.com /en/online-contest/ untuk sama-sama menyertainya. :)

Jangan lepaskan peluang sementara masih ada..!


9 comments

  1. Pergh!! Ohsem tu..
    semoga impian tercapai..

    ReplyDelete
  2. gudluck mimi! nak p langkawi gak.. hahaa

    ReplyDelete
  3. Nak gak gi langkawi..😂😂

    ReplyDelete
  4. Good Luck! nk join jgk tapi belum ade idea lagi.

    ReplyDelete
  5. Semoga berjaya sis. Dulu Mai pernah stay Langkawi, skrg dh pindah kulim. Kalau shopping cekelat kat Kompleks Ismail Group tu memang rambang mata lerr...

    ReplyDelete
  6. Sy pun suka pergi langkawi. Tomyam & laksa power sedap gilaaa :)

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  7. Tadi pun saya bsca tentang langkawi.
    Ramai jugah suka tulis perkara yg sama.

    ReplyDelete
  8. Tadi pun saya bsca tentang langkawi.
    Ramai jugah suka tulis perkara yg sama.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum... sheila pun nak ke langkawi lagi. Sebab 1st time pergi dulu tak habis pusing tempat menarik. Hehehehe.

    ReplyDelete