Say NO to Bazar Ramadhan??

Friday 10 July 2015

 Assalamualaikum.. Hai semua..

Dah tinggal beberapa hari je kan kita berpuasa. Sedih la pula rasanya. Rasa macam cepattttttt je sangat berlalu. Bagi saya suasana ramadhan dulu dan kini sangatlah berbeza. Bestnya ramadhan masa zaman kebudak-budakkan dulu.

Tahun ni ramai juga la yang saya nampak dok update kat FB 'say NO to bazar ramadhan'.. Fuyooooo.. Hebat nau status.. Kikikiki.. Siapa dapat kekalkan apa yang ditulis tu?? Ehhh, saya tak tulis camtu ye. Sebab saya tahu, saya insan yang lemah.. Haha..

Tipu la kalau saya tak ke bazar kan. Ada juga turun ke bazar. Selalunya beli kuih je pun. Lauk tak pernah lagi beli setakat ni. Alhamdulillah. Mampu masak walaupun berperang dulu dengan baby girl yang manja ni. Mihmihmih..



Bagi saya boleh je pergi ke bazar. Cuma janganlah borong semua yang berkenan. Kadang berkenan je dengan makanan tu, makanan ni.. Tapi bila buka, minum air segelas dah tak laku. So jangan jadi tamak. Pujuk hati, pujuk hati.. Hehehe..

Macam saya berbuka berdua je. Zahra bukannya dah pandai makan itu ini pun. So masak je la apa yang boleh. Simple simple pn jadilah. Janji ada makanan tuk dimakan. First puasa buka makan pisang goreng tau. Hehehe.. Puashati dapat makan pisang goreng sendiri. Haritu balik ipoh mak bekalkan pisang dari kebun. Sedapnyaaa la haii..

Cukup seminggu kut, blank terus nak masak kuih. Haha.. Nak menguli tepung tak sempat la pula. Memandangkan kalau makan kuih pun 5-6 ketul je tuk 2 orang, maka beli je la senang. Hihihi.. Cumanya kalau keluarga besar tak berbaloi kut nak beli. Better masak. Puashati bila makan kan.

Lagi 1 bab harga kat bazar pun boleh tahan juga kan? Saya selalu beli kuih pun 2-3 ringgit je. Tu dah cukup. Kalau ddy zara berbuka di kem, saya goreng nugget je. Settle. Hihihi..

Setakat ni saya belum mampu angkat bendera 'say no to bazar ramadan'.. Hihihi.. Berapa orang dah berjaya setakat ni?? Ce angkat tangan.. Hehe

6 comments

  1. so far sally mmg tak jejak lg bazaar...hahahaha..sbb byk invitation berbuka kat luar..huhu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow.. Wow..wow..best la sally bnyk jmputan.hihi

      Delete
  2. samala..kalau kat bazar pun abah selalu beli kuih je..hee

    ReplyDelete
  3. so far mmg x jejak bazar, hubby kalo p beli kuih je.

    ReplyDelete
  4. kan... bazar tu ttp pegi..cuma membeli kuih muih macam tepung talam tu saya suka..sebab bukan senang nak buat.. lagi kalu kita berbuka menu simple tu pembuka selera... kecuali lauk-2 tahun ni saya menang.. insyaallah.. belum membeli lagi lauk2 kat bazar.. kuih tu normal...

    ReplyDelete
  5. salam alaik kak mimi,
    yana jujur cakap kalau dekat rumah xpi bazar langsung!
    tahun lepas je pi bazar tu pun sbb study kan. so tak masak kene mencari makanan.

    kalo pi ayah sorg jah.

    ReplyDelete