Throwback : Pengalaman Berpuasa Ketika Pregnant

Saturday 9 August 2014

Assalamualaikum.. salam syawal..

Memandangkan ramadhan baru je berlalu, rasanya boleh kut saya share pengalaman saya sendiri berpuasa ketika pregnant ni. Bukanlah untuk menunjuk ke apa, cuma sebagai sebuah coretan. Nanti akan datang kut-kut ter-alaminya lagi, senang nak tahu kan? Haha!

Sebelum berpuasa haritu saya punya la risau. Terfikir-fikir juga boleh ke saya ni berpuasa dalam keadaan pregnant. Masa start berpuasa haritu saya baru masuk 7bulan. Tak ingat la dalam berapa week time tu. 7bulan tu kira dah masuk trimester ketiga.

Sebelum tu ada tanya pendapat nurse, nurse kata boleh je berpuasa, asalkan waktu sahur jangan tinggal. Jangan tak makan. Makan makanan yang berkhasiat, yang berat sikit. Macam nasi ke jangan tinggal. Then tanya mak agak-agak boleh ke berpuasa. Risau kan. Mak cakap mak dulu boleh je berpuasa penuh. So ada la keyakinan nak berpuasa tu.

Sebab ada kawan saya tu dia kata dia tak boleh nak berpuasa. Dapat buat 3hari je. Pastu kalau berpuasa dia pening, muntah, pitam. Mungkin masuk angin juga kut.. tu yang saya terikut risau. Syukur sangat masa hari first puasa, baby pun aktif je. Alhamdulillah.. masa tu tak sangka juga boleh habiskan puasa 1 hari tu.

En.suami bagi kelonggaran juga kalau tak boleh berpuasa, tak larat buka je. Tapi sebab saya nak cuba buat juga, Alhamdulillah dipermudahkan. Memanglah lembik sikit kan, nak-nak bila baby macam meronta-ronta lapar. Sian baby time tu. Pujuk dia bagitahu kena puasa. Ayah dia pun pujuk sama. So sweet sangat time tu.. :’)

Apa yang sama amalkan masa sahur ialah makan nasi. Tapi sahur ni mana mau masuk banyakkan? So makan la mana yang mampu. Then saya makan kurma bila dah lepas makan nasi. Orang kata elok makan dalam kuantiti ganjil kan? Saya paling banyak makan pun 5biji je. Tapi selalunya 3 je. Tu pun dah sendat perut.

Then peel saya 1 lagi time sahur ianya wajib makan roti. Roti krim yang Rm0.70 tu. Hari-hari lepas sahur mesti makan. Dah macam benda wajib pun ada makan roti tu. Haha! Pastu mesti nak yang perisa coklat. Air minum air kosong je. Selalunya air kosong sejuk peti. Air kosong sejuk biasa macam tak boleh nak telan la pula.

Alhamdulillah, saya amalkan makan camtu hari-hari. Yang saya perasan, kalau saya tak makan roti, perut punya la pedih. Ada la bape kali skip, try tak makan roti tu, sekali pedih mak aihhhh perut. Yela,roti kan mengembang dalam perut. Tu pun salah 1 yang membantu supaya saya bertahan. Then kalau nak makan kurma, mesti makan selepas makan nasi. Kalau makan sebelum makan nasi, confirm pedih perut.

Then perkara paling-paling penting sekali adalah NIAT kita. NIAT kita bila kita berpuasa tu. Minta pada Allah supaya dipermudahkan. Supaya Allah dilindungi diri kita dan Baby sepanjang kita berpuasa. Bila lepas solat maghrib saya selalu berdoa, bersyukur pada Allah sebab izinkan saya habiskan puasa untuk hari tu.

So takde alasan kenapa ibu mengandung tak boleh berpuasa. Tapi kalau atas sebab memang tak boleh tu, lain la kan.. tapi kalau saja-saja atas alasan ‘mengandung’ rasanya tak patut kut. Lagipun kalau kita nak kena checkup macam nak kena minum air gula pun, kita disuruh berpuasa dulu kan? Betul tak?

Then dalam masa yang sama, pujuk-pujuk la baby kita tu.. insyaAllah dia akan paham.. J Dan yang paling best sekali saya perasan ialah waktu berbuka. Baby pun ikut rentap-rentap dalam perut bila kita makan. Sian baby lapar. Nak-nak saya kalau berbuka cari air sejuk. Lagi la kuat dia bergerak-gerak. :’)

Then seperkara lagi yang saya perasan, saya masa bulan puasa haritu kerap juga la makan kuih berpulut. Contohnya kuih seri muka, tetiba suka sangat-sangat la.. kalau boleh nak makan selalu. Pastu buat kuih buah Melaka. Then yang saya perasan, kalau saya makan kuih berpulut ni, baby jadi kurang aktif. Asik tido je. Gerak pun slow je. Nak monitor pergerakkan pun risau tak cukup 10x.

Adakah makan kuih berpulut ni baby pun akan ikut kita jadi kuat tido je?? Sebab saya kalau makan kuih berpulut akan ngantuk je.. Bila saya tanya mak, mak tak tahu pula. So saya ambik inisiatif sendiri, elakkan dari makan kuih berpulut. Risau baby bila dia kurang bergerak. Sampailah sekarang ni. saya cuba elakkan.

Then 1 lagi, time pregnant ni elok juga minum air ribena. Tu pada saya la. Pada orang lain, saya tak pasti la pula. Sebab apa yang saya perasan, bila time berbuka, saya minum air ribena, baby akan sentiasa bergerak aktif pada esoknya bila kita berpuasa. Tu yang saya perasan la. So saya amalkan minum tu la waktu berbuka.



Ni antara yang saya amalkan masa berpuasa haritu la.. syukur sangat dapat berpuasa habis. Cuma tinggal sehari je. Tu pun dah tengahari terpaksa buka sebab baby kurang gerak. Sebab semalamnya masa berbuka saya makan kuih berpulut. Start dari tu sangat takut nak makan dah kuih berpulut.


Alhamdulillah.. selesai juga ramadan saya untuk tahun ni.. :-)

14 comments

  1. Alhamdulillah... Masa anak first tggl gak sehari sbb kena asma... Anak kedua tggl dua hari sbb demam... Tapi mmg tiada alasan x berpuasa.. Selagi daya kna puasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Betul tu.. Tiada alasan selagi blh laksanakan,kan? :)

      Delete
  2. Kuih pulut mmg bahaya kan. Ayu pun angin hritu sbb pulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Klau x prgnt x pe klau mkan.. Klau time prngnt ni x bape elok..

      Delete
  3. Alhamdulillah Allah permudahkan. Sebenarnya bergantung pd diri kt sndri juga untuk mngatasinya. Kiranya semangat awak mmg kuat jg tu...tahniah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak.. Kna ada semangat.. Risau nti lembik je x mmpu nk buat..

      Delete
  4. tahniah..bakal jadi mummy .
    btw,itulah pengalaman manis kan.doakan sy pula..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih jia.. :)
      Alhamdulillah.. Tu la pengalaman berharga.. InsyaAllah.. Doa bnyk2 tau.. Moga diizinkan Allah tuk jia pula..

      Delete
  5. alhamdulillah mimie.. dpt gak habiskan puasa eh. hehee
    kesian baby tp dh menjadi kewajipan kita :) selamat hari raya maaf !

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. dapat jugak berpuasa penuh walaupun mimie terpaksa tinggal sehari.. xpe la nak ganti balik sehari tak berat sangat kan.. =D

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah MImie dapat meneruskan puasa :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...baik baby...phm dah...semoga bby menjadi anak yg soleh n solehah...

    ReplyDelete
  9. kalo rse boleh puasa teruskan berpuasa kan..xde alasan..leh je puasa asalkan kne mkn secukupnya

    ReplyDelete