Dah Balik Kampung Ke?

Sunday 27 July 2014

Assalamualaikum semua..

Malam ni still dapat online macam biasa. Masih boleh lepak-lepak depan tv dengan en.suami. boleh godek-godek blog, fb macam biasa.

Start tahun ni dah tak kalut nak balik raya. Tadi sambil lipat kain baju, kemas sekali siap-siap. Settle kerja.. kehkehkeh..

Start tahun ni balik raya tak perlu kalut-kalut dah. Ehhhh, selalu kalut ke? Ada la sikit kut. Sebab dulu kan balik kampong ngan family. Jadi kena la tolong apa yang patut kalau ada yang tak settle kat umah.

Mak pula menjait baju orang. Kadang tak siap, jadi kena juga tolong apa yang patut. Start dah duduk dengan suami kat gemas ni tak perlu nak kalut ke apa. Sebabnya dari gemas kalau nak balik ke Melaka (umah m.i.l) paling lama pun 2jam.. hahaha

Kalau saya nak balik kampong mak kat segamat 1jam. 2-2 perjalanan dah tak perlu tempuh jem. Ohhh, rindunya suasana tu. Even orang tak suka, tapi kerana jem tu juga la kadang kala mewujudkan nikmat nak balik kampong kan? Start duk gemas ni, nak balik raya tak lalu highway dah.. lalu jalan kampong je..

My mum dari ipoh esok bergerak 2kereta. Hope mereka tak tersangkut la dalam jem. If tersangkut, adatlah kan.. nak buat macam mana. Dah memang kenderaan banyak atas jalanraya.. ye dok?

Hope perjalanan mereka semua dilindungi.. saya pun bergerak esok juga. Tapi masih boleh singgah sana sini.. maklum la.. balik Melaka dulu tahun ni.. sempat la kut kalau nak singgah tesco, jusco dulu.. hehehe

Apa-apa pun, buat kawan-kawan yang akan bergerak balik kampong esok, hati-hati di jalanraya ya.. J

google


Psst : senyap sunyi la blog seketika kan.. hehe




8 comments

  1. selamat pulang ke kampung sis. nani baru gerak balik pagi ni :)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya...orang segamat ke?hihi... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya.. :)
      Kmpung mak kat segamat.. Wanie pun orng sana ke?

      Delete
  3. Selamat hari raya maaf zahir batin ; pcl singgah blog beraya di hari ke2 Syawal...ada makan x ni Sya?

    ReplyDelete
  4. Salam Aidilfitri sya... :) lps raya ni barulah rancak sikit blog2 semua ye dak... heheh

    ReplyDelete
  5. akak balik PD je tuh pagi raya..lewat sket..sbb akak kena bertugas kt surau pg tuh

    ReplyDelete
  6. Akak nasib baik rumah mak ngn mertua dekat2.. tak payah pening nk hadap jammed.. =D

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... Blik JB tak jem langsung..

    ReplyDelete