Assalamualaikum.
Selamat pagi..
Sekadar
sebuah coretan dari saya. Sebagai sebuah perkongsian dari saya setelah
berumahtangga. Gaya macam nak cerita kisah alam rumahtangga pula je kan.
Hehehe.. sekadar nak berkongsi cerita je sebenarnya.
Dan
buat adawiyah, akak tahu adawiyah mesti baca blog akak ni kan? So kat sini akak
share la cerita akan buat adawiyah juga ye buat tatapan 1 hari nanti dimasa
akan datang.. J
Alhamdulillah..
saya kini menjalani kehidupan alam rumahtangga yang sangat indah bagi diri
saya. Walaupun saya dan suami masih PJJ, tapi tu semua bukan halangan buat kita
kalau kita pandai untuk bahagiakan diri kita & pasangan kan? Selagi kita
masih percaya antara satu sama lain, selagi kita jujur dengan pasangan,
insyaAllah..
Hidup
PJJ ni nak kata susah, buat masa ni saya tak la rasa susah sangat sangat. Sebab
saya masih tinggal dengan family. If suami takde kalau saya nak kemana mana,
masih boleh minta adik temankan. Tak pun mak akan temankan. Bergantung pada
keadaan la.. Tapi kalau tinggal sendirian tu, mungkin susah juga la kalau masih
tak biasa..
Cuma
kadang-kadang tu susah juga kalau bila kita sangat-sangat memerlukan dia, dia
tiada disisi. Susah sikit pun time tu la. Tapi kalau kita masih boleh handle
sendiri, tak jadi masalah la kan. Ataupun kita boleh postpone perkara tu dulu,
kita postpone je dulu.
Macam
minggu ni sepatutnya my husband kena balik jumpa saya. Kami jumpa setiap
2minggu sekali dalam sebulan. If kat kem ada program, kadang sebulan sekali je
dapat jumpa. Itupun bergantung pada keadaan. So minggu ni kami tak dapat la
berjumpa. Mula-mula tu sedih juga. Sebab kami ada plan la sebenarnya.
Tapi
sebab plan tu boleh postpone, so kita postpone je la bila jumpa nanti. Nasib
baik la hujung minggu ni cuti raya cina kan. Kebetulan saya nak balik segamat
sebab cousin tunang, then dapat la jumpa en.suami disana. Sebab kem dia dengan
kampung saya dalam sejam camtu. Dekat je la..
Bila
kita dah berstatus seorang isteri kepada seorang tentera, kadang-kadang kita
kena belajar untuk berkorban. Tapi selalunya berkorban masa la. Macam saya kan
PJJ. So berkorban masa kadang-kadang suami tak dapat balik nak jumpa. Memula tu
rasa macam ‘alaaaa, napa tak dapat balik’?..
Tapi
bila saya fikir balik dia ada tugas, maka biarlah dia jalankan tugas dia. Yela,
kat sana kan ada macam-macam program. BAKAT, Hari keluarga, kena DUTY dsbg.
Cuma buat masa ni saya belum berpeluang lagi la nak join itu ini sebab tak
tinggal sekali.
Kadang
ada sesetengah orang berkorban, kalau suami tak dapat balik, isteri akan jumpa
suami. Macam saya bukan saya xnak jumpa suami if dia tak dapat balik. Tapi
sebab dia masih tinggal di bilik bujang, ater saya nak tido mana nanti kan?
Haha..
Dan
buat masa ni dia pun tak pernah lagi bersuara kalau dia tak dapat balik saya
wajib ke sana, so saya berkorban je la tunggu dia sampai ada cuti baru kami
dapat jumpa.
Kadang-kadang
bersyukur sangat. Masa sebelum kawin saya sering ditinggal-tinggalkan. Eh bukan
la kena tinggal macam break off ke apa tau. Means en.suami kadang buat tak
heran sebab bz kerja, jadi bila dah kawin ni, jadi dah biasa sikit la dengan
keadaan tu. Dulu pun kami jarang jumpa, jadi bila dah berstatus husbnd &
wife ni, xdapat jumpa pun takde la rasa nak mara beria ke apa.
Then
buat kawan-kawan yang bakal berkahwin dengan seorang lelaki yang berkerjaya
sebagai seorang tentera, jangan la mara mara kalau si suami tu nanti susah nak
luang masa kuar sana sini hujung minggu ye. Kalau korang takde keturunan or
ahli keluarga ke sedara mara yang bertugas sebagai tentera ni kadang-kadang tak
paham. Bukan saya nak buat cerita ye. Tapi ni pengalaman dari 2-3 orang yang
cerita kat saya. Ada tu kawan saya sendiri. Siap kata menyesal kawan dengan
tentera.. Tak baik tau. Jodoh tu datangnya dari Allah..
Then
lagi 1, kalau kita bersuamikan tentera ‘Askar Melayu’, then renjer.. kena paham juga ye tugas
dorang ni lagi la.. Keluar masuk hutan, Operasi itu ini. Operasi tu kadang
makan masa 2-3 bulan dok dalam hutan tu. Memang kadang tu tak boleh nak
contact-contact. Kepercayaan kena ada tau pada pasangan kita tu. Kalau pasangan
jujur, tak kan dia nak buat ‘kerja lain’ belakang kita kan, kalau kita pun
jujur dengan dia..
So,
apa yang saya nak share kat sini, menjadi isteri kepada seorang tentera ni
memang banyak perkara kena berkorban. So, sedikit sebanyak Allah beri kita
kekuatan untuk tempuh hari akan datang. Tanpa kita sedar juga, bila kita sering
ditinggal-tinggalkan oleh mereka kerana tugas, sebenarnya ia juga akan
mematangkan kita. J
*rindu
pula dengan adik yang masuk operasi 15 disember haritu. Mudah-mudahan akan
balik engan selamat. InsyaAllah.
Mimi kira untung jugak, walau suami jauh, dapat duduk dengan family. Takde rasa sunyi sangat.
ReplyDeleteEka ni, duduk jauh dengan family, suami pun jauh. Memang kadang rasa macam sedih, tak kuat, kadang2 tengah makan, suap nasi pon boleh menangis teresak-esak. Tapi suami, mak dan keluarga selalu pesan, kena kuat semangat. Jadi, eka selalu kuat. Sekurang-kurangnya hujung minggu eka dapat jumpa suami,
Kalau suami ada program U dia (suami sambung belajar lagi, kira keje sambil study) eka akan balik rumah mak ayah eka.
Bila PJJ ni, mengajar eka untuk lebih berdikari,semangat dan kuat. Kalau demam ke, sakit pening ke, semua harung sendiri. Nak kemana-mana sendiri, kadang keluar dgn kawan2 opis. Balik keja, duduk rumah. Berehat2. Kadang suami dan mak call, risau eka kat sini. Tapi eka pesan, doalah yg baik2. Allah SWT jaga eka dekat sini.
Walaupun jauh, tapi rasa selalu dekat di hati. Selalu berdoa, moga didekatkan satu hari nanti. Mohon dikurniakan anak agar ada pengubat kesunyian di hati. Teknologi pun banyak mendekatkan hubungan yang jauh. whatsapp lah hari2.
Apa2 pun, kene ingat satu je. Perancangan Allah SWT adalah yang terbaik. Allah SWT akan bagi apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu. Think postive. InshaAllah. Allah swt sentiasa bersama kita.
akak pun PJJ juga Mimie... ^_^ dan faham perasaan serta situasinya macam mana, cuma akak PJJ tak adalah jauh mana dekat jer...heee... *_^ wink
ReplyDeletehuhu actually hidup PJJ ni ada pro & contras.. kadang2 sweet gak hidup PJJ ni.. hehe
ReplyDeletesolute laaa pasangan yg PJJ nie..akak nie bpisah dr koi 9 pg - 6 ptg rasa cam seminggu...sejam skali mesti SMS...walhal bkn jauh pon..hahaha...semoga mimie terus bertabah okeh..in sha allah, nnt mesti dpt berdekatan dgn shuben...akak doakan yg terbaik utk mimie & shuben..
ReplyDeletehahahaha mak, jenuh oo. Mak doa kami yg pjj ni dpt duk dekat nohhhhhh
DeleteHehe.. Sama la kita nih... Dok dpn mata pun rindu gak.. Hehe.. Mcm belngkas je rasa... Mmg mimie tabah sbb tu diduga dgn pjj.. Xpe... Mimie mmg kuat kn... Sy dulu msa berkwn mmg pjj, lpas khwin dh x snggup nk pjj lagi...
Deletekalau dah kahwin dengan askar melayu memang dorang selalu gi operasi....kena sentiasa berkorban waktu...bagi yg tak faham memang susah ler sikit.....adik mimi ops kat mana? anak akak dah selalu sangat gi ops....
ReplyDeletegood sharing mimie..:)
ReplyDeletekita pun bakal pjj juga..pasti akan merasa ispt yg mimie rasa skrg.
ReplyDeleteFiza bekas anak tentera.. Fiza tahu mcm mana rasa anak berjauhan dengan abah.. tambah pula mak kita.. mmg salute sgt dgn wanita yg kawen dgn tentera.. bkn senang nak berjauhan.. ttp berkat cinta kasih dan sayang yg buatkan hati tetap bersama.. biar jauh di mata dekat di hati...
ReplyDeletedalam perkahwinan memang perlu banyak berkorban..insya'allah kak.. :)
ReplyDeleteIn Shaa Allah... abak tak kawin lagi,tapi dapat jdikan pngjaran..hihi...nice!!
ReplyDeletetak kisah hubungan PJJ or dekat, yang penting sentiasa berhubung bersama pasangan sekurang2nya bertanya khabar :)
ReplyDeletePJJ,Suami tentera,berkorban....senyum jela banyak2x..doakn utk yg terbaik jela kn mimie.hihi.pndai2xla bawak dri.moga sama2x trus tabah dan sabar ;)
ReplyDeleteada byk lagi kerjaya yg menuntut suami isteri PJJ . Ada baiknya biasakan sebelum berkahwin lagi . jadi bila dah kahwin , tak heran aka dah terbiasa . maka mudahlah terima . yg ptg ada trust !
ReplyDeleteSama la situasi kita mimi.. Sblm ni sara pjj dgn suami jumpa 2 mggu skli atau kdg tu seminggu skli. Alhamdulillah permohonan kuarters dh berjaya.. X lama lg kami tgl bersama.. Hehe..
ReplyDeleteBagus macam tu sis,stay positive dan yakin kepada Allah ..in syaa Allah,ada hikmah disebalik ni semua :D
ReplyDeleteSemoga 'pengorbanan' tersebut akan menerbitkan 'manisnya' nanti..
ReplyDeleteInsyaAllah ada hikmah jika kita bersabar dan redha..
berat dugaan PJJ ni apatah lg bersuamikan tentera, sebab adik MJ pun kawen dengan tentera, pernah kena tinggal 6 bulan masa tengah preggy..
Alhamdulillah sekarang dah duduk sekali :)
Sedih jugak bercouple dengan askar nie. Selalu jark kesunyian. Tapi nak buat macam mana. Sapa soh bercouple dengan askar. Hahaha.
ReplyDeletesabar dan sabar in shaa ALLAH.
ReplyDeletejadi isteri tentera mmg kena kuat..tp, mimi dh blh trima sblm kawen lg kan..so, lpas kawen pon insyaallah ok je..pikir positif je k..:)
ReplyDeletebtl tue mimie.. akak dpt rasa apa yg mimie rasa..tp bukan la husband akak yg tentera,,tp ayh akak tentera.. mmg keja dia kerap masuk hutan jer.. then kerap kena posting lagi.. mak akak mmg tak ikut la sebab susah nak bertukar tempat kerja.. mak akak nurse..so mmg kami dah boleh terima keadaan macam tue.. ..tp skrg dah lega la ayah dah bersara.. so dekat la ngn family..=D
ReplyDeletehmmm,,apa yg mimie tulis mmg betul.. biarpun saya belum berkahwin lagi tapi saya sudah melalui pengalaman seperti yang mimie tulis... tambahan sekarang kami berjauhan,kiranya PJJ gitu... saya berada di sabah dia pula di kajang :) sampai saat ne saya sudah terbiasa kalau x b'jumpa mahupun b'contact... yang penting kejujuran... salam ukhwah...
ReplyDeletebetul..betul..betull..saya pun rasa apa yg mimie rasa.. cuma nya kami bnasib baik skt la sbb masih tinggal sebumbung. tp disebabkan husband tentera yg kena keje shift, susah dpt cuti, selalu berkursus yg amik masa berbulan, adakalanya tinggal sebumbung pun susah nk jumpa.huhuhu.. kdg2 sedihnya, tp alhamdulillah la masa zaman2 bcinta dulu, kami memang & susah nk bjumpa, xde la rasa "kejutan budaya" sgt.. >_<.. nak sambung membaca lagi..
ReplyDelete