BUBBLY GA 01: MONYET & CILI

Thursday 1 November 2012

assalamualaikum..

pagi ni tengok ada jemputan dari cik farah tentang GA.. macam menarik sebab kena sambung cite..agak-agak boleh ke sy ni menyambung cite eh.. kut-kut la kelaut pegi nya..hehe..

xpelah..yang penting kita dapat menjoinkan diri sendiri untuk tengok sejauh mana kita ni boleh bercerita ye..hehe..

GA ni kena sambung story pasal monyet dan cili..tuan empunya GA ni kata buat simple-simple je ending je..so, kita start la bercerita ye..hehe..jangan gelak eh klau cite ni macam berserabut.. ;)


Pada suatu hari Sang Kancil sedang berjalan-jalan di kebun buah-buahan dan sayur-sayurannya bersama rakannya Sang Kura-Kura. Sedang asyik mereka menikmati buah-buahan di situ, tiba-tiba datang Sang Monyet yang kelihatan amat kelaparan sekali.

"Tolong, tolong, aku amat lapar sekali. Sudah empat (4) hari aku tak makan", kata Sang Monyet dengan sedih.

"Bolehkah kiranya kamu berdua berikan sedikit buah-buahan untuk aku makan?", pinta Sang Monyet tadi.

Sang Kancil dan Sang Kura-Kura berasa amat sedih dan kasihan melihat keadaan Sang Monyet seperti itu.

"Baiklah Monyet, ambillah apa saja yang kau mahu", kata Sang Kancil.

"Terima kasih Kancil, terima kasih Kura-Kura", kata Sang Monyet dengan gembira.

Melihatkan pepohon buah-buahan yang merimbun di hadapannya, mulalah Sang Monyet berasa tamak. Tiba-tiba dia ternampak akan pokok cili yang ranum dengan cili-cili yang merah menyala.

"Aku mahu itu, aku mahu itu!" teriak Sang Monyet...........................................................................

sambungan ..

"aku mahu itu, aku mahu itu!" teriak sang monyet.. tanpa sempat sang kancil dan sang kura-kura melarangnya, sang monyet terus mencapai cili-cili yang ranum di pokok itu.

sang monyet dilihat tidak sabar-sabar untuk menikmati cili-cili itu kerana ia tertarik dengan warnanya yang sungguh merah.

sang kancil dan sang kura-kura hanya memerhati gelagat sang monyet yang dilihat begitu lapar sekali..kerana kasihankan sang monyet yang sudah empat hari tidak makan, sang kancil dan sang kura-kura hanya mendiamkan diri dan merelakan perbuatan sang monyet itu..

sang monyet begitu rakus sekali memakan cili-cili yang merah itu.. tidak lama kemudian dia berasa panas di seluruh badannya..dan mukanya begitu merah sekali..

sang kancil dan sang kura-kura tertawa kecil kerana sang monyet melompat-lompat kepedasan dan kepanasan..

sang kancil berkata kepada sang monyet.. 'itu la padahnya kalau engkau bersikap tamak'.. malah kami sendiri tidak pernah makan cili yang pedas itu.

sekian.. 


Tarikh Tutup : 30 November 2012

ada yang nak join? meh-meh dipersilakan.. nak tahu syarat-syarat nya tengok kat sini ya..

*eh, jgn copy cite sy ye..hehe..nak baca xpe*.. ;-)

4 comments

  1. wah main sambung2 cerita lagik...terinagt lak zaman skola dolu2

    ReplyDelete
  2. hehe..saja nak test otak ni boleh lagi ke tak mengarang cite budak2 ni.. :)

    ReplyDelete
  3. ni bukan ker cite katun melayu dulu.. rasanya masa tu skolah rendah kot

    ReplyDelete
  4. Dikbi : ha'ah..tp empunya GA suh sambung cite..so, buat je la cite sendiri..haha..sy sndiri dh xbape nk ingt..

    ReplyDelete